fbpx

EPL: Arsenal selesa tawan puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD meledak dua gol ketika membantu Arsenal mencatat kemenangan ke atas Wolves pada aksi awal pagi semalam. – AFP

WOLVERHAMPTON – Arsenal semakin selesa berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wande­rers dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Molineux awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Martin Odegaard sudah cukup untuk memastikan The Gunners memiliki kelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, Manchester City yang tewas 1-2 kepada Brentford.

Justeru, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyuarakan rasa gembira dan teruja apabila skuad kendaliannya dapat mengukuh­kan cengkaman selaku pendahulu liga sebelum saingan Piala Dunia 2022 berlangsung.

“Kedudukan pasukan ketika ini sangat bagus dan semua pemain menikmati setiap detik tersebut. Selepas ini liga akan berehat, namun kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan apabila Piala Dunia tamat.

“Sasaran kami tidak berubah, iaitu untuk menampilkan aksi lebih baik dalam setiap perlawanan. Saya sangat gembira untuk bekerja dengan pemain-pemain dan staf dalam pasukan ini,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu tanpa berselindung mengakui, beliau sangat terkejut dengan pres­tasi yang ditampilkan barisan pemainnya dalam kempen kali ini walaupun sedar dengan kemampuan sendiri.

“Secara jujur, semua pemain menampilkan aksi di luar jangkaan, tetapi saya ingatkan mereka supaya fokus satu demi satu perlawanan. Kami perlu fokus pada persiapan harian dan tidak boleh rasa terlalu selesa,” ujar Arteta.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI