fbpx

Denmark ada ruang cabar Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTIAN ERIKSEN

DENMARK merupakan antara pasukan yang tidak boleh dipandang remeh pada saingan Piala Dunia 2022 memandangkan mereka menunjukkan peningkatan cukup baik sejak mara ke separuh akhir Euro 2020.

Kemampuan skuad kendalian Kasper Hjulmand ini sememang­nya tidak perlu dipertikaikan apabila mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menang sembilan dan tewas sekali dalam aksi kelayakan sebelum ini.

Justeru, skuad Danish Dynamite itu dianggap berpeluang cerah mengiringi juara dunia, Perancis yang merupakan pasukan pilihan untuk melangkah ke pusingan kalah mati sebagai naib juara.

Kepulangan semula pemain tengah, Christian Eriksen ke dalam pasukan pastinya menjadi pe­nyuntik semangat buat Denmark memandangkan semua orang tahu apa yang mampu dilakukan pemain Manchester United itu.

Untuk rekod, karier bola sepak pemain berusia 30 tahun itu hampir berakhir selepas dia mengalami serangan jantung ketika beraksi pada perlawanan pembukaan Euro 2020 menentang Finland tahun lalu.

Walaupun dianggap sebagai pencabar utama Perancis dalam saingan peringkat kumpulan, namun Denmark pastinya akan berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan dua pasukan lain, iaitu Australia dan Tunisia.

 

INFO

PASUKAN: Denmark
GELARAN: Danish Dynamite
KETUA JURULATIH: Kasper Hjulmand
KAPTEN: Simon Kjaer
RANKING FIFA: 10
PENYERTAAN PIALA DUNIA: 6 kali (kali pertama 1986)
PENCAPAIAN TERBAIK: suku akhir (1998)
RAMALAN PIALA DUNIA 2022: Pusingan kalah mati

RAMALAN 26 PEMAIN

PENJAGA GOL
Kasper Schmeichel (Nice)
Oliver Christensen (Hertha Berlin)
Frederik Ronnow (Union Berlin)

PERTAHANAN:
Andreas Christensen (Barcelona)
Simon Kjaer (AC Milan)
Jens Larsen (Trabzonspor)
Joachim Andersen (Crsytal Palace)
Victor Nelsson (Galatasaray)
Rasmus Kristensen (Leeds)
Joakim Maehle (Atalanta)
Alexander Bah (Benfica)

TENGAH:
Daniel Wass (Brondby)
Thomas Delaney (Sevilla)
Christian Eriksen (Manchester United)
Pierre-Emile Hojbjerg (Tottenham)
Mathias Jensen (Brentford)
Mikkel Damsgaard (Brentford)
Jesper Lindstrom (Eintracht Frankfurt)
Philip Billing (Bournemouth)
Casper Nielsen (Club Brugge)

PENYERANG:
Jonas Wind (Wolfsburg)
Andreas Cornelius (Copenhagen)
Andreas Olsen (Club Brugge)
Martin Braithwaite (Espanyol)
Kasper Dolberg (Sevilla)
Rasmus Hojlund (Atalanta)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI