fbpx

PRU15: Dakwaan Ahmad Zahid calon PM taktik musuh BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

BERA – Dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri merupakan taktik musuh BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taktik itu bertujuan mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau yang diisytiharkan calon Perdana Menteri BN.

“Mereka cuba menimbulkan kekeliruan dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah.

“Mereka tiada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu calon Perdana Menteri,“ katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan FMT

Ismail berkata, lawan BN menggunakan isu calon Perdana Menteri kerana terdesak menanam keraguan pengundi terhadap kemampuan BN mewujudkan kestabilan.

Jelas beliau, keputusan untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi UMNO.

Menurut beliau, perkara itu juga telah diputuskan oleh biro politik UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO serta disambut oleh parti-parti komponen BN.

“Seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan lain-lain jelas kata saya satu-satunya calon Perdana Menteri BN,” katanya.

Beliau turut menyifatkan dakyah yang disebarkan itu sebagai cara tidak beretika untuk menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

“Mereka cuba menggambarkan saya tidak menjadi PM (untuk) menurunkan sokongan kepada BN.

“Mereka mungkin takut saya (sebagai) calon PM. Saya anggap ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya menarik pengundi (kepada) BN,” tambah beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI