fbpx

Bantuan Keluarga Malaysia bukti jaga kebajikan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail SABRI sentiasa prihatin masalah rakyat dengan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa banjir awal tahun lalu.

PETALING JAYA – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang tertinggi dalam sejarah negara.

BKM Fasa 2 selepas ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta pada pertengahan tahun ini menjadikan peruntukan kese­luruhan BKM kini berjumlah mencecah RM8 bilion.

Berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kadar maksimum BKM adalah RM2,600, manakala BR1M RM1,200 dan BSH sebanyak RM1,480 yang merupakan peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus.

Perkembangan itu merupakan manifestasi jenama Keluarga Malaysia cetusan Ismail Sabri yang mementingkan kebajikan hidup rakyat negara tanpa mengira bangsa dan agama.

Penerima BKM, Sharizal Musa, 43, inisiatif bantuan tunai langsung BKM oleh kerajaan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan rakyat terutama ketua keluarga.

Menurutnya, beliau sendiri menggunakan BKM untuk menampung kos menyediakan persiapan anak-anaknya kembali ke sekolah termasuk membeli pakaian, kasut, beg dan alat tulis baharu.

“Syukur alhamdulillah duit ini lepas untuk perbelanjaan anak sekolah beli baju dan sebagainya. Kalau anggap wang itu untuk tujuan tidak berfaedah memang tidak betul. Daripada satu sudut ia bertujuan membantu kehidupan rakyat.

“Lagi satu sudut pula pemberian awal BKM pada 15 November ini membantu orang ramai yang ingin pulang mengundi kerana pulang ke kampung tentu menelan kos,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebahagian penerima bantuan ketika Penyerahan Sumbangan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Shah Alam, Selangor pada Mac lalu.

Seorang lagi penerima BKM, Yusman Md. Juah, 43, berkata, beliau berharap kerajaan dapat menambah jumlah BKM pada masa depan kerana ia terbukti sedikit sebanyak membantu kehidupan rakyat.

Jelasnya, paling mendapat manfaat daripada BKM adalah golongan yang telah berkeluarga, maka penambahan jumlah BKM wajar tertumpu kepada golongan itu.

Bagi pakar ekonomi, Datuk Jalillah Baba, memang wajar kerajaan menggunakan dana yang mencukupi untuk memberi bantuan tunai secara terus kepada golongan memerlukan.

Kata beliau, bantuan itu le­bih-lebih lagi amat diperlukan untuk membantu rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya, pe­nerima BKM perlu bijak dalam menggunakan bantuan itu dan tidak menggunakan ia untuk tujuan yang tidak berfaedah.

Ismail Sabri baru-baru ini memaklumkan pembayaran BKM fasa empat yang dija­dualkan pada Disember depan dipercepatkan pada 15 November ini.

Bayaran itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI