SHAH ALAM – Hasrat penyanyi Asheed untuk melangkah malam final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tidak kesampaian apabila diumumkan tersingkir pada konsert suku akhir yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA di sini.
Penyingkiran Asheed sekali gus memberi laluan kepada lapan lagi peserta melangkah ke peringkat separuh akhir pada minggu depan.
Pada konsert minggu kesembilan, penyanyi Shila Amzah muncul sebagai bintang yang menduduki tempat pertama.
Hazrul Nizam di tempat kedua, sementara Jaclyn Victor pula cemerlang di tangga ketiga.
Kesemua penyanyi bertanding diadili tiga juri tetap iaitu Ramli, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.
Minggu depan, terdapat dua tugasan perlu disempurnakan setiap peserta iaitu menyampaikan lagu bertemakan Separuh Aku Ada Kamu dan duet bersama penyanyi jemputan.
Seramai lapan peserta masih meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran juara GV9.
Mereka ialah Shila, Hazrul, Jaclyn, Dina, Fuad, Tomok, Bob Yusof dan VE. – KOSMO! ONLINE