fbpx

Warga emas dipuji bantu anak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang warga emas membantu seekor anak anjing.

PETALING JAYA – Seorang warga emas menjadi tumpuan di media sosial selepas tindakannya membantu seekor anak anjing tular dalam kalangan netizen.

Warga emas yang bertopi keledar biru itu dilihat menolak anak anjing yang masih kecil ke seberang jalan dengan menggunakan sebatang kayu.

Aksi tersebut dirakam oleh seorang individu wanita dan dikongsi di media sosial tiktok menerusi akaun @salmiahahmadtbg.

“Aku nampak pak cik ini menyorong motornya ke bahu jalan sebelum mengambil sebatang kayu untuk menolong anak anjing tersebut,” tulis Salmiah di video tersebut.

Rata-rata pengguna meninggalkan komen yang memuji tindakan warga emas terbabit yang sangat prihatin terhadap haiwan tersebut walaupun haram untuk disentuh.

“Walaupun nampak sakit sorong anak anjing itu menggunakan kayu namun, tiada masalah kerana sekurang-kurangnya pak cik sudah membantu menyelamatkan nyawa haiwan ini,” komen Kumang.

“Terima kasih pak cik. Islam tidak menghalang kita untuk buat kebaikan kepada anjing,” tulis Siti.

“Sebagai seorang yang bukan beragama islam, apabila melihat orang muslim melayan anjing dengan baik, saya sangat menghormati kalian,” kata Christine di ruangan komen.

Dalam pada itu, orang ramai turut menyatakan bahawa sekiranya anjing dalam keadaan yang kering, masih boleh disentuh kerana yang najis adalah air liurnya sahaja.

Jabatan Mufti Negeri Perlis juga menyatakan bahwa, jika sentuhan berlaku dalam keadaan kering pada yang menyentuh dan disentuh maka hukum basuhan tidak diwajibkan berdasarkan kesepakatan ulama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI