fbpx

Wanita ikat wayar pada gigi demi kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada Jun lalu, Mazosiwe menjalani rawatan memasang wayar itu pada giginya bagi memastikan rahang wanita berkenaan kekal tertutup. – TikTok

CAPE TOWN – Seorang wanita di  Afrika Selatan mengikat giginya menggunakan wayar bagi memastikan rahangnya tertutup dalam usaha terdesak untuk menurunkan berat badan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Aviwe Mazosiwe  cuba untuk mengurangkan berat badan bagi memastikan dia mencapai Indeks Jisim Badan (BMI) yang membolehkannya menjalani pembedahan mengecilkan payudara.

Dia sebelum itu telah hilang berat 12 kilogram (kg) selepas menjalani kaedah puasa berselang (intermittent fasting), namun terpaksa mengambil langkah drastik dengan memasang wayar tersebut.

Pada Jun lalu, Mazosiwe menjalani rawatan memasang wayar itu pada giginya bagi memastikan rahang wanita berkenaan kekal tertutup.

Ia merupakan sejenis kaedah menurunkan berat badan yang menjadi kontroversi serta mendapat kritikan meluas di media sosial selepas Mazosiwe berkongsikan video tersebut di laman TikTok.

“Saya menerima begitu banyak komen negatif namun tidak dapat mengingatinya kerana cuba untuk tidak memberi fokus kepada semua itu,” katanya.

Mazosiwe memakai wayar tersebut selama tujuh minggu, di mana ketika itu,  dia kehilangan 14.3 kg.

Disebabkan rahangnya ditutup menggunakan wayar, Mazosiwe hanya bergantung kepada makanan cair seperti smoothie, sup dan yogurt.

“Saya tahu ia agak ekstrem, namun ia benar-benar membantu saya membina disiplin diri dan menjalani kaedah ‘pemakanan sihat’ dalam satu tempoh yang lama,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN