fbpx

Tak perlu tunggu laporan polis untuk siasat segera data SPR bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Siasatan segera perlu dilakukan tanpa perlu menunggu laporan polis berhubung data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bocor yang melibatkan maklumat 800,000 pengundi dijual di laman penggodam.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, adalah berbahaya data yang membabitkan maklumat pengundi merujuk kepada pangkalan data SPR dicuri dan dijual.

Menurut beliau, SPR tidak harus melihat isu ini sebagai isu kecil ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berjalan.

“Pihak berkuasa tidak boleh membiar hal ini berlaku tanpa disiasat dan diambil tindakan. Pihak berkuasa tidak harus menunggu laporan polis untuk melakukan siasatan berasaskan Akta Perlindungan Data Peribadi ( APDP ) 2010 (Akta 709) .

“SPR perlu mengambil langkah untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menjual data dari kebocoran SPR didakwa jika jelas ia suatu jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, implikasi data peribadi dicuri dan dijual menyebabkan sindiket scammer akan berleluasa untuk memangsakan pengguna dengan mengeksploitasi data yang diperolehi.

Tegas Mohd. Azmi, kebocoran data sudah pun dilaporkan pada April dan SPR perlu menjelaskan apakah indakan telah diambil untuk memastikan hal ini dapat disiasat dan dibenteras.

“Kami menuntut siasatan segera dilancarkan kerana laporan itu mendakwa pihak tertentu telah menjual data sehingga mencecah lebih RM9,000,” katanya.

Terdahulu media melaporkan lebih 800,000 data pengguna didakwa diperoleh daripada sistem MySPR milik SPR yang didakwa dijual pada harga RM9,401 di pangkalan data terkenal. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI