fbpx

Suami isteri maut motosikal bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal dinaiki sepasang suami isteri yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di Bentong hari ini.

BENTONG – Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang menghadiri kenduri kahwin maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu ialah penunggang motosikal Anuwar Razali, 26, dan isterinya Nisah Abas, 26, berasal dari Kampung Orang Asli Sungai Miak.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan balik ke Kampung Sungai Miak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Paning di sini.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki suami isteri itu telah memotong motosikal di hadapannya lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI