fbpx

Sergio Ramos tidak berkecil hati diketepikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS yang pernah menjuarai Piala Dunia 2010 bersama La Roja, menghormati keputusan Enrique walaupun dia adalah antara nama tetap dalam kesebelasan utama PSG.

MADRID – Harapan tonggak pertahanan veteran Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Ramos untuk membuat penampilan kelima di pentas Piala Dunia tidak kesampaian apabila namanya tiada dalam senarai akhir Sepanyol.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique tidak berminat untuk membawa bek tengah berusia 36 tahun itu, sebaliknya menyenaraikan majori­ti barisan muda menghadapi kempen di Qatar bermula 20 November ini.

Ramos yang pernah menjuarai Piala Dunia 2010 bersama La Roja, menghormati keputusan Enrique walaupun dia adalah antara nama tetap dalam kesebelasan utama PSG.

“Semua orang tahu apa ertinya menyarung jersi Sepa­nyol. Namun, keputusan ini tidak terletak di tangan saya.

“Sudah tentu saya harap diberikan peluang pada Piala Dunia tetapi saya menghormati keputusannya,” kata Ramos.

Bagi Enrique, bekas pengendali Barcelona itu tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan terpaksa membuat keputusan mengetepikan Ramos dan bintang Liverpool, Thiago Alcantara.

“Saya tak akan berubah pendirian kerana ini adalah pasukan Luis Enrique. Kami tidak akan mati ketakutan dan anda sendiri boleh melihat kualiti yang ada dalam skuad ini.

“Mustahil untuk meramalkan sama ada ia mencukupi buat kami ataupun tidak. Namun, pasukan ini mempunyai visi yang cukup besar dan anda akan dapat melihatnya di Qatar nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI