fbpx

Sanggup datang awal hendak beli ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan tanda harga ayam yang dijual sempena Karnival Jualan Keluarga Peladang di Bera semalam.

BERA – Harga ayam serendah RM8 seekor berbanding harga asal RM9.40 sekilogram menjadi antara tarikan di Karnival Jualan Keluarga Peladang sempena Karnival Anak Muda Gegor Bera, di Dataran Kerayong semalam.

Seorang pengunjung, Samsiah Mohamed, 67, dari Kampung Durian Tawar berkata, hasratnya sekadar untuk menjenguk suasana karnival, namun tertarik dengan tawaran harga ayam murah yang dijual.

“Murah ayam yang dijual hari ini, RM10 seekor dengan seberat 1.8 kilogram, kalau beli di pasar dengan berat itu, boleh mence­cah RM16 hingga RM18 seekor,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi pengunjung, Sarji Sulaiman, 61, dari Triang berkata, dia sememangnya menunggu peluang membeli barangan keperluan dengan harga yang murah selepas diuar-uarkan menerusi media sosial.

Beras yang dijual semasa berlangsung Karnival Jualan Keluarga Peladang di Bera semalam.

Justeru katanya, dia sanggup datang awal semalam dan me­nunggu gerai jualan dibuka bagi membeli ayam dan barangan lain dengan harga yang lebih murah

“Saya sanggup beratur untuk membeli dua ekor ayam pada harga RM20 sahaja. Pada ‘happy hour’ selama 30 minit akan ditawarkan harga RM8 seekor tapi saya tidak tunggu, dapat harga RM10 seekor pun saya dah ber­syukur,” katanya.

Orang ramai beratur untuk membeli ayam seberat 1.8 kilogram pada harga RM10 di Karnival Jualan Keluarga Peladang di Bera semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Felda Mayam, Noraini Mahusin, 66, berkata, dia dan anaknya mengambil kesempatan membeli beras yang dijual de­ngan harga RM6 sekampit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI