fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh buah negeri sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk itu bakal menimpa seluruh kawasan di negeri Perlis.

“Seterusnya, bagi negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi dan Kubang Pasu, manakala di Terengganu, di daerah Dungun dan Kemaman.

“Keadaan sama diramal berlaku di Rompin, Pahang serta Sepang, Selangor,” kata MetMalaysia dalam laporan hari ini.

Menurut MetMalaysia, bagi Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas dengan cuaca tidak menentu tersebut adalah di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Sementara di negeri Johor, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bharu adalah antara kawasan yang turut diramal hujan lebat sehingga petang nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI