fbpx

Remaja hanya berselera makan roti croissant selama 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciarra hanya makan crossant sebagai juadah makan tengah hari. - Mercury Press & Media

LONDON – Seorang remaja berusia 13 tahun di Britain hanya memakan croissant selama lebih satu dekad  kerana takut untuk mencuba makanan lain selepas hampir tercekik ketika kecil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ciarra Franco, selain itu hanya mahu menikmati pasta kosong sebagai menu makan malam.

Ibunya, Angela berkata, dia berusaha keras selama bertahun-tahun untuk memujuk Ciarra agar turut memakan makanan lain.

“Sejak berusia dua tahun, satu-satunya makanan yang dia mahu makan secara kerap adalah croissant untuk waktu tengah hari dan pasta kosong ketika malam.

“Dia ada masanya cuba menikmati bijirin seperti emping jagung dan kerepek masin namun, hanya mahu menikmati croissant untuk makan tengah hari.

“Ciarra bukan sahaja cerewet dalam memilih makanan, bahkan ia agak mengecewakan apabila kami keluar makan atau membawa pulang makanan, dia enggan ‘menyentuhnya’,” kata Angela.

Namun, keadaan itu kini semakin berubah selepas Ciarra mendapatkan rawatan daripada seorang ahli hipnotis, David Kilmurry, yang pakar dalam merawat kanak-kanak dengan masalah memilih makanan.

Selepas enam minggu menjalani rawatan dengan cara mendengar muzik menenangkan sebelum makan, menggunakan kad pencapaian dan meluahkan ketakutannya, Ciarra kini sudah mula menyentuh beberapa makanan lain.

“Antara makanan kegemarannya kini termasuk ayam masak masam manis, kentang panggang dan buah nanas.

“Dia masih mencuba beberapa makanan baharu setiap hari dan ia amat hebat,” kata Angela. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI