fbpx

Puteri Sarah heret Ira Kazar naik mahkamah Ogos 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar berdepan tindakan undang-undang kerana melanggar perintah injunksi.

PETALING JAYA – Biarpun ‘makan tahun’, Puteri Sarah tetap meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar atas dakwaan menganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof.

Kata Puteri Sarah, walaupun proses mahkamah memakan masa yang panjang, dia tetap bersyukur kerana rasa dilindungi undang-undang daripada tyerus dibuli untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya tidak akan tarik balik dakwaan dan akan teruskan sehingga perbicaraan. Saya pun sudah dapat tarikh untuk perbicaraan di mahkamah iaitu pada Ogos tahun depan.

“Mahkamah sibuk sekarang. Tapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan iaitu pada 25, 28 dan 29 Ogos tahun depan. Bagaimanapun perintah injunksi interim tetap berjalan. Alhamdulillah saya rasa dilindungi,” katanya kepada Kosmo! Online.

“Saya bersyukur kerana dilindungi undang-undang sebab kalau tidak, mungkin saya akan terus ‘dilanyak’. Jadi walaupun perbicaraan lambat, saya okey dan akan teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, mengakui berasa gembira dan lebih tenang untuk memberi fokus terhadap kerjayanya selain, membesarkan dua orang cahaya mata.

“Saya sudah semakin matang. Syukur rezeki saya makin murah. Saya pun tidak mahu menolak apa-apa tawaran berlakon kerana itu adalah jiwa saya.

“Dalam masa sama, ada banyak juga tawaran ‘review’ produk. Apabila saya tidak bekerja, saya akan meluangkan masa dengan anak-anak. Itu adalah kebahagiaan saya sekarang ini,” jelasnya.

Ketika disoal tentang kehidupannya bersama suami, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu enggan memberikan komen lanjut dan membiarkan masa yang menentukannya.

“Tentang itu (bersama suami), kita tengok nanti macam mana. Tapi buat masa sekarang saya gembira dengan kehidupan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 9 November lalu melaporkan seorang ahli keluarga Ira Kazar selaku defendan telah melanggar perintah injunksi interim apabila mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya dalam media sosial pada minggu lalu.

Sehubungan itu, Sarah memaklumkan peguamnya sudah pun melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu itu sudah pun melanggar perintah injuksi interim.

Peguam Sarah juga telah menghantar satu notis komital atau penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai pada Rabu lalu kepada individu tersebut.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selepas wanita itu mengganggunya bermula 2019.

Susulan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014.

Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI