fbpx

PRU15: Tiada protes senyap terhadap Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) memotong riben sebagai simbolik gimik perasmian Projek Jambatan Baharu di Kampung Orang Asli Sungai Lah di Chenderiang, Tapah hari ini. - Foto/ZULFACHRI ZULKIFLI.

TAPAH – Tiada penolakan daripada pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebelum penamaaan calon mungkin berlaku sedikit isu kerana Asyraf Wajdi merupakan calon luar.

Menurutnya, bagaimanapun Ketua Pemuda UMNO itu kini sudah diterima sepenuhnya oleh pengundi dan UMNO Bahagian Gerik.

“Dulu mungkinlah katanya ada sedikit kekecohan kerana calon yang dibawa itu bukan calon tempatan. Waktu itu sebelum penamaan calon tetapi kekecohan itu sudah berjaya ditangani.

“Dua hari lalu, saya pergi ke Kampung Jong (Parlimen Gerik) untuk memberi sumbangan dan berkempen dalam masa yang sama, saya sempat menyelami masyarakat untuk melihat sebarang penolakan atau ‘silent protest’ terhadap Datuk Asyraf Wajdi.

“Namun daripada cara masyarakat Gerik dan jentera BN bersama-sama turun padang untuk memastikan BN memperolehi kemenangan, tiada sebarang penolakan atau masalah dalam terhadap calon Parlimen Gerik itu,” katanya selepas merasmikan Balai Desa Semai Kampung Orang Asli Sungai Lah di Chenderiang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI