fbpx

PRU15: Seramai 146,737 anggota, pasangan akan undi pos – ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 146,737 orang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan yang akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Selasa depan.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, sebanyak 153 pusat mengundi awal ATM telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai pusat pengundian.

Bagaimanapun katanya, proses membuang undi bagi anggota yang didaftarkan sebagai pengundi pos telah bermula 7 November lalu sehingga 19 November ini.

“Menjadi harapan ATM agar proses pengundian berjalan lancar bagi membolehkan setiap anggota dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi yang sah seperti rakyat Malaysia yang lain.

“ATM juga sentiasa menyokong proses dan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, warga ATM sentiasa berpegang kepada norma-norma integriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan negara.

Tegasnya, ATM akan terus memfokuskan keutamaan dalam memperkasakan kesiapsiagaannya demi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara tidak mengira masa.

“ATM juga telah bersiap siaga dan bersedia untuk mengatur gerak aset sekiranya berlakunya banjir terutama di negeri-negeri yang berisiko banjir yang terjejas dengan bencana Monsun Timur Laut.

“Dalam pelaksanaan PRU ke-15, terutama pada tarikh 19 November nanti, pihaknya juga bersedia menghulurkan bantuan bagi memastikan perjalanan proses pengundian di seluruh negera berjalan dengan lancar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI