fbpx

PRU15: Jangan ganggu tugas media di lapangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tengah) bersama skuad The Red Warriors (TRW) memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 TRW Treble 2012 di Kota Bharu hari ini. - Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kejadian mengugut pengamal media seperti yang berlaku di sebuah restoran di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan semalam diharap tidak berulang pada masa akan datang.

Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pengamal media di negara ini diberikan layanan dan dihormati sebagai kelompok profesional bersesuaian dengan tugas yang mereka jalankan.

“Kita kena faham bahawa media mempunyai tugas yang dilakukan secara profesional. Apabila turun ke medan, mereka tentunya perlu berjumpa dan menemuramah orang ramai di kawasan berkenaan.

“Kadangkala mereka juga perlu menghadiri ke majlis-majlis yang kadang-kadang hostile (tidak disukai) sehingga menyebabkan mereka ditolak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Ulang Tahun Ke-10 TRW Treble 2012 di sini hari ini.

Annuar berkata demikian selepas diminta mengulas dua tindakan lelaki dalam keadaan mabuk telah mengugut wartawan ketika membuat liputan kempen calon Barisan Nasional Parlimen Rasah di sebuah restoran di Seremban Jaya semalam.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, masyarakat di negara ini lebih terbuka dan lebih memahami peranan pengamal media yang perlu diberikan penghormatan kerana tugas membuat laporan dan pemberitaan.

Katanya, perlakuan melibatkan kekasaran seperti membaling botol dan mengugut ke atas pengamal media merupakan tindakan yang tidak patut dilakukan.

“Mereka (wartawan) membuat laporan dan pemberitaan bukan hanya untuk pihak-pihak yang berminat untuk mendapat publisiti. Tetapi untuk semua orang yang mahu mendapatkan maklumat.

“Jangan ganggu tugas mereka terutamanya mengancam keselamatan dan melakukan perbuatan menyalahi undang-undang terhadap pengamal-pengamal media,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI