fbpx

PRU15 : Isham dekati M40 bagi pusingan kedua kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham (dua kanan) bersenam robik bersama warga Seksyen 8, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Golongan M40 menjadi ‘sasaran’ dalam kempen memasuki pusingan kedua Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen ini, Hizatul Isham Jalil.

Menurut Isham, beliau tidak menyangka mendapat sambutan pengundi luar biasa meskipun kerusi itu adalah kawasan Pakatan Harapan (PH).

“Sebelum ini selama seminggu kita turun padang di kawasan B40 dan masuk kempen minggu kedua akan memfokuskan kepada lokaliti di kalangan pengundi M40.

“Berdasarkan kempen positif dan tidak menyerang peribadi calon yang dijalankan, InsyaAllah kita akan dapat memenangi Parlimen Shah Alam pada PRU15 kali ini,”katanya selepas menghadiri Program Senam Robik dan Makan Durian di Seksyen 8 hari ini.

Menurut beliau, pendekatan terbaharu itu juga bagi memastikan golongan M40 terus bersama BN selaras manifesto BN yang menawarkan pengecualian cukai pendapatan sebanyak dua peratus.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI