fbpx

PRU15: Dua Ketua Wanita Bahagian UMNO digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad.

PETALING JAYA- Dua Ketua Wanita UMNO Bahagian iaitu Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Maran, Datin Seri Hajah Fatimah Kassim digantung sementara keseluruhan jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

Setiusaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantungan itu adalah selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-duanya terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.

“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin dalam waktu yang terdekat,

“UMNO ingin menegas, pemantavan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotai dilakukan terhadap calon dan parti,” jelasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI