fbpx

PRU15: BN tawar kerajaan yang stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (dua dari kanan) ketika menghadiri majlis minum petang dengan PSRPM di Meru, Ipoh semalam.

IPOH – Rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ia menawarkan satu gabungan stabil yang pernah dinikmati oleh negara sebelum ini.

Calon BN di Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, kestabilan gabungan berkenaan telah terbukti berjaya memajukan negara sejak 60 tahun yang lalu menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan.

“Itu adalah kunci. Malaysia sebuah negara yang mempunyai kemajmukan masyarakat serta pelbagai latar belakang memerlukan kerajaan stabil bagi membolehkan ia menyerap tekanan-tekanan serta mendepani masalah.

“Kerajaan yang tidak stabil tidak boleh melakukannya kerana pelbagai itu perlu ditangani seperti perbezaan jurang pendapatan antara kaum,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam selepas menghadiri majlis minum petang bersama Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia Negeri Perak di sini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, sebuah kerajaan yang tidak stabil menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan-keputusan penting ekoran wujudnya percanggahan pendapat.

Sebagai contoh, beliau berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen namun tidak disokong oleh 12 menteri Kabinetnya.

“Itu tak betul. Kalau kerajaan yang stabil, menteri Kabinet yang tak bersetuju dengan keputusan perdana menteri, dia mesti keluar (Kabinet).

“Ia hak perdana menteri untuk memilih menteri dalam Kabinetnya. Kalau tak setuju, awak mesti turun, bukan perdana menteri. Jadi dalam keadaan apabila tiada kestabilan politik, jadi macam itulah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI