fbpx

PRU15: BN serah kepada SPR siasat kempen lebih had perbelanjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (tengah) ketika menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN di Pusat Konvensyen Sungai Siput, Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT – Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat sebarang dakwaan membabitkan salah laku calonnya termasuk perbelanjaan melebihi had pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan sewajarnya boleh dikenakan oleh SPR sekiranya terbukti wujud salah laku membabitkan calon mana-mana parti.

Malah katanya, BN juga sama sekali tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan calon yang bertanding mewakili parti itu.

“Saya serah bulat-bulat kepada SPR. Jika ada salah laku, mereka ambillah tindakan. Saya tidak pernah sembunyi apa-apa kepada pengundi,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN di Pusat Konvensyen Sungai Siput di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan yang dijalankan SPR itu bagaimanapun perlu dijalankan secara telus dan tidak didedahkan.

“Kita ada agensi yang memantau kalau ada kesilapan tidak kira daripada parti mana. Harap SPR ambil tindakan yang sewajarnya.

“Biar proses dan tindakan itu tidak digembar-gemburkan, tidak digunakan sebagai bahan politik murahan menjelang hari pengundian pada 19 November ini,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan dakwaan seorang calon PRU15 berkaitan wujudnya pelanggaran di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1957 di mana terdapat calon telah berbelanja melebihi had perbelanjaan RM200,000 sepanjang kempen berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI