fbpx

PRU15: Beri duit awal sebelum PRU itu rasuah – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir bersama Che Asmah pada sesi 'walkabout' kempen PRU15 di Pasar Pagi Taman Dengkil. di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bahawa pembayaran awal gaji penjawat awam pada bulan ini sebagai satu bentuk rasuah.

Beliau ternyata kecewa dengan tindakan pihak Kementerian Kewangan yang sengaja mempercepatkan bayaran emolumen dan pencen masing-masing mulai esok dan Khamis.

“Kalau beri duit awal sebelum Sabtu ini, itu dikira macam rasuah juga dan salah bagi dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) berbuat begitu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Perbendaharaan pada 7 November lalu memaklumkan kelulusan pembayaran awal gaji dan pencen untuk November dipercepatkan berbanding kelaziman pada tarikh 25 hari bulan.

Beliau yang tampak agak marah dengan inisiatif tersebut mendakwa Perdana Menteri ketika ini cuma bertaraf interim atau sementara namun sudah pun berani melanggar undang-undang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI