fbpx

PRU15: 10 ‘otai’ PKR Felda Lasah sertai UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO dalam satu majlis di Felda Lasah, Sungai Siput semalam.

SUNGAI SIPUT – Keyakinan terhadap kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi faktor kepada 10 penggerak utama PKR Ranting Felda Lasah di sini menyertai parti tersebut.

Ketua PKR Ranting Felda Lasah, Anuar Wahi berkata, keputusan keluar daripada PKR itu juga dibuat setelah mengambil kira kepimpinan pemimpin UMNO yang diyakini mampu membela nasib rakyat.

“Saya bersama PKR lebih 20 tahun dan merupakan seorang daripada pejuang dan penggerak utama reformasi di sini tetapi sayangnya, setelah bertahun-tahun daripada satu penggal ke satu penggal hinggalah sekarang, saya mulai nampak di mana kekurangan dan kelemahan (parti).

“Jadi atas dasar untuk kebaikan rakyat dan kepimpinan yang saya nampak, saya ingin menyertai UMNO. Saya yakin nasib rakyat akan terbela di bawah UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui di Felda Lasah di sini semalam.

Menurutnya, dia yakin pilihannya untuk menyertai UMNO adalah langkah tepat dan dijangka beberapa lagi ahli PKR akan turut menyertai mereka dalam masa terdekat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI