fbpx

Pilih lagu Awas, ‘Bob bunuh Tomok’ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tomok (kiri) dan Bob (kanan).

SHAH ALAM – Penyanyi Bob Yusof dikecam teruk apabila lagu pilihannya untuk persembahan rakan seperjuangan, Tomok menerima komen negatif daripada barisan juri tetap pada konsert suku akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) hari ini.

Tomok yang mendendangkan lagu Awas milik kumpulan KRU pada konsert hari ini menerima komen kurang baik daripada ketua juri, Datuk Ramli MS atau Tok Ram yang berpendapat nyanyiannya tidak cemerlang seperti sebelum ini.

“Malam ini tidak bagus, audio (nyanyian) awak kurang baik,” komen Tok Ram usai persembahan.

“Nyanyian kamu hari ini agak teruk, ekspresi juga tidak sesuai dengan lirik lagu,” kata Hetty Koes Endang.

Perkara tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen terutama dalam kalangan peminat Tomok.

Malah, terdapat segelintir yang melahirkan kerisauan sekiranya vokalis kumpulan New Boyz itu tersingkir pada malam ini.

Bahkan ada juga yang menulis bahawa Bob seperti mahu membunuh Tomok menerusi lagu Awas.

“Bob bunuh Tomok,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Bob pasti akan kena hentam sekiranya Tomok tersingkir pada malam ini,” komen netizen.

“Jangan salahkan Bob sebab pilih lagu untuk Tomok. Mungkin Bob fikir rakannya boleh menyampaikan semu jenis genre lagu,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, Tomok dalam satu perkongsian InstaStory menitipkan permohonan maaf yang dipercayai buat para peminatnya.

“Maafkan saya,” tulisnya ringkas.

Minggu ini, konsert suku akhir GV9 bertemakan You Like I Like iaitu setiap peserta diberi peluang memilih lagu untuk rakan seperjuangan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI