fbpx

Naik pelamin atas katil, ramai doakan kesihatan pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan raja sehari terlihat sangat bahagia di hari persandingan meskipun pengantin lelaki diuji penyakit kanser tahap empat.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang mengidap sakit kanser tahap empat naik pelamin dalam keadaan tidak mengizinkan mengundang sebak kepada tetamu yang hadir dalam majlis persandingan pasangan itu semalam.

Meskipun terlantar sakit di atas katil, pemuda itu kelihatan begitu gigih untuk tetap bersanding bersama pasangan yang setia menemani dirinya sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Allahuakbar. Sebak rasanya melihat majlis perkhawinan Hashimi (pengantin lelaki) dengan keadaan tidak berapa sihat bersama pasangannya itu. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Semoga kekal hingga ke jannah dan diberi keajaiban untuk kesembuhan,” kata pemilik akaun TikTok tersebut menerusi kapsyen video.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan pasangan tersebut.

“Jika sudah ditakdirkan oleh Allah, mereka akan tetap bersama dan tiada siapa yang dapat melawan ketentuan daripadaNya. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan bahagia serta kekal hingga ke jannah,” ujar seorang pengguna.

“Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan. Hebatnya pengantin perempuan yang sanggup menerima seadanya dia (pengantin lelaki),” puji seorang lagi pengguna.

“Semoga adik cepat sembuh dan bebas daripada kanser serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen seorang pengguna lain di media sosial berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi akaun TikTok milik pengantin perempuan di ruangan komen video tular berkenaan, @mamadoublecapitalA berterima kasih dengan komen-komen positif dan doa yang diberikan daripada para netizen.

“Suami saya merupakan seorang penghidap kanser Leiomyosarcoma tahap empat. Terima kasih kepada semua dan semoga doa kalian berbalik kepada anda semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI