SHAH ALAM – Aspek pemasaran merupakan antara cabaran utama yang dihadapi ramai usahawan baharu dan lama.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., antara sebab utama adalah disebabkan pemasaran yang tidak jelas.
Katanya, setiap usahawan perlu memahami konsep 3M iaitu market, message dan medium dalam pemasaran.
“Apabila mereka tahu berkenaan 3M, usahawan boleh membuat perubahan dari segi pemasaran mengikut keadaan yang berlaku.
“Justeru, RichWorks akan menganjurkan program khas dalam melahirkan usahawan yang mampu membuat pemasaran dengan lebih baik,” katanya kepada Kosmo! Ahad.
Program Millionaire Marketing Masterclass (MMM) itu merangkumi pemasaran digital dan tradisional.
MMM dianjurkan selama tiga bulan melibatkan kelas fizikal selama empat hari dan online selain sesi bonus bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman setiap minggu.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/masterclass atau imbas kod QR tertera. -KOSMO! ONLINE