fbpx

[VIDEO] Kad ATM tertinggal atas menu, orang belakang guna beli burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita bertudung biru didakwa menggunakan kad debit milik lelaki berbaju putih di kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita ‘kantoi’ menggunakan kad ATM milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Menurut lelaki berkenaan, sebelum kejadian, wanita bertudung biru itu beratur di belakangnya bersama seorang lelaki yang sedang mendukung bayi.

“Semalam saya makan di WoodFire di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan Johor Darul Takzim dan Persis Solo.

“Saya memakai baju putih dan kad debit tertinggal di atas menu.

“Pencuri (wanita bertudung biru) selamba menggunakan kad debit saya yang tertinggal untuk beli burger,” katanya di laman Twitter.

Difahamkan, kad yang dicuri oleh wanita itu turut digunakan untuk pembelian yang lain sebelum dia sempat menyekat kad debit tersebut.

Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai menghubunginya jika mengenali pencuri wanita dan lelaki yang bersamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI