fbpx

Iman Troye ada kekasih lagi, gimik atau realiti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dikenali sebagai Danial yang didakwa merupakan kekasih baharu Iman Troye.

NAMA Iman Troye ketika ini suram, mungkin juga disebabkan dia sibuk dengan pengajian.

Bukan itu menjadi perhatian Diva tetapi gelagat romantis dan manja penyanyi itu dengan seorang jejaka yang dikatakan kekasihnya dalam beberapa video termasuk siaran langsung TikTok.

Difahamkan, nama lelaki itu ialah Danial. Cara mereka melayani antara satu sama lain memang saling tidak tumpah seperti pasangan kekasih.

Malu-malu kucing dan saling berbalas ucapan manja pun ada. Memang bersemutlah tetapi Diva tertanya-tanya, adakah ini satu lagi gimik lagu baharu daripada Iman?

Mana tidaknya, Iman dilabel sebagai artis gimik setiap kali hendak lancarkan single baharu. Jadi, hal sebegini bukan satu kejutan dalam kalangan pihak media.

Sebelum ini pun tular videonya dengan seorang lelaki dalam kereta yang juga dipercayai kekasih hatinya. Pening Diva!

Harapnya bukan gimik lagi ya Iman. Tapi jika benar-benar memang sedang menjalin hubungan cinta, tahniah dan semoga berbahagia.

DIVA: Ramai tidak puas hati watak Jekfer lakonan Hun Haqeem tiada dalam siri baharu Kampung People musim ketiga. Bagi Diva, ‘Jekfer’ antara pelaris utama drama itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI