fbpx

Fahami ‘permainan’ bisnes anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMA seperti permainan sukan, dalam membina bisnes yang berjaya, para usahawan perlu memahami ‘permainannya’ untuk terus berkembang.

KALI ini, saya mahu menekankan tentang pentingnya untuk usahawan memahami ‘permainan’ bisnes masing-masing.

Seperti mana anda hendak bermain permainan sukan, perlu diketahui bagaimana ia dimainkan, di mana posisi permulaan, kiraan mata dan peraturannya? Senang cakap, boleh dikatakan wajib.

Tanpa memahami permainan itu, sukar untuk bermain dengan baik dan seterusnya menang. Sama seperti dalam membina bisnes berjaya, anda perlu faham ‘permainannya’.

Persoalan di sini saya boleh katakan ramai usahawan termasuk yang baharu di bawah bimbingan saya dan RichWorks tidak faham permainan sendiri.

Mereka tidak jelas dengan model bisnes yang digunakan untuk mencapai matlamat.

Tanpa kejelasan itu, usahawan akan melakukan apa saja mereka fikirkan dapat membantu bisnes sedangkan jika fokus contohnya satu ‘saluran’ jualan mereka itu, boleh buatkan peningkatan lebih cepat.

Itulah pentingnya bila usahawan ada ilmu dan bimbingan yang boleh tunjukkan mereka di mana yang perlu fokus, tambah baik dan perbaiki lagi. Jadi saya hendak kongsikan tiga soalan yang boleh buatkan bisnes terus berkembang.

Perkara ini berkait rapat dengan organisasi iaitu pasukan yang mengerakkan bisnes. Tanpa adanya pasukan yang kuat, mustahil bisnes yang dibina boleh berkembang hingga ke tahap lebih tinggi.

Tidak dinafikan, tanpa pasukan anda boleh ‘berjaya’ capai jualan ratus ribu, malah jutaan ringgit, namun berada dalam keadaan kelam-kabut selain mudah alami tekanan luar biasa.

Ini yang terjadi kepada ramai usahawan saya dan RichWorks temui sebelum dibimbing bagi.

Jom lihat tiga soalan ini:

1. Adakah pasukan anda bergerak hala tuju sama dan jelas ke mana destinasi dituju?

2. Apakah perkara yang diharapkan untuk ditambah baik?

3. Adakah pelaksanaan bagi pembaharuan yang diharapkan dilakukan?

Persoalan ini perlu dijawab. Jika tak tahu, tanya mereka melalui survey atau dalam sesi retreat dan sebagainya.

Penting bagi pemilik bisnes dan usahawan untuk memastikan pasukan mereka jelas dengan hala tuju bisnes. Umpama sebuah perahu naga mempunyai ramai pendayung yang perlu menyelaras dayungan mereka untuk mendapatkan tujahan dan momentum lebih besar.

Jika mendayung sesuka hati tanpa seragam, mereka akan dipintas oleh pesaing. Penting untuk usahawan mengetahui perkara yang boleh ditambah baik, malah dilaksanakan.

Adalah penting bagi usahawan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan baik kerana mereka yang akan berada lama di pejabat atau lapangan masing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI