fbpx

Ebit hadiahkan motosikal kepada ibu muda jadi rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Emi sebak menerima hadiah motosikal daripada Ebit.

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan dengan berjalan (Foodpanda Walker) mendapat perhatian pendakwah bebas, Ebit Lew yang membelikan wanita itu motosikal untuk kemudahan bekerja.

Menerusi hantaran pada Instagram Ebit, beliau memberitahu ibu muda dikenali sebagai Emi berusia 23 tahun itu mempunyai seorang anak serta sudah lama berpisah dengan suami.

“Terharu tengok adik ini, muda lagi cari rezeki berjalan sana sini. Ujian adik, sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. Insya-Allah disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Ebit memaklumkan, Emi sudah lama mahu bertemu dengannya, malah sedang mengumpul wang untuk membeli motosikal.

“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini, beri saya hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motosikal.

“Semoga Allah jaga adik, jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” ujarnya.

Sementara itu, dalam video itu, Emi kelihatan sebak sebaik menerima hadiah motosikal tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI