fbpx

e-Sukan dapat sambutan orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Team Haq Esports Club, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin (berdiri, kiri) menerangkan perjalanan permainan e-Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera semalam.

BERA – Industri e-Sukan yang dilihat mampu menjadi prospek terbaik pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian golongan muda.

Bukan sekadar dijadikan hobi, namun permainan e-Sukan itu juga mampu menjana pendapatan pemain sekiranya dilakukan secara serius.

Ujar Muhamad Afiq Ros­lan, 19, penglibatannya dalam bidang e-Sukan pada awalnya sekadar suka-suka, namun dia semakin fokus kepada sukan itu setelah percubaannya menyertai pertandingan membuahkan hasil.

“Banyak pertandingan yang saya telah sertai di Kuala Lumpur, Selangor malah di Johor juga. Cabaran memang sengit sebab semuanya berbakat.

“Bila menang kita akan rasa satu kepuasan sebagaimana kita menyertai aktiviti sukan yang lain. Yang membezakannya, melalui e-Sukan ini, saya mampu jana pendapatan sam­pingan,” katanya.

Katanya, biar pun hanya memperoleh ratusan ringgit, namun ia satu kepuasan bagi dirinya.

Justeru, dia berharap pertan­dingan seperti ini dapat dite­ruskan terutama di kawasan-kawasan luar bandar atau pinggir bandar supaya anak muda dapat merebut peluang yang ada.

“Kalau kita main secara sam­pingan pun boleh dapat beberapa ratus, bayangkan kalau kita serius atau fokus dalam e-Sukan. Tidak mustahil boleh jadi kerjaya kepada anak muda yang sememangnya berminat,” katanya.

Sementara itu, Nik Nur Atirah Nik Saimi, 18, yang hadir sebagai penyokong teruja dengan pe­nganjuran Santai e-Games oleh Miat Quadra E-Sport Club di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini semalam.

Katanya, menerusi karnival itu, mereka berpeluang untuk bertemu dengan pasukan Haq Esports Club yang telah muncul sebagai juara perlawanan Liga Professional Legend (MPL) MY musim ke-10 baru-baru ini.

“Saya juga bermain permai­nan e-Sukan sejak beberapa tahun lalu, dan mendapat sokongan keluarga. Cuma kali ini saya hadir sebagai penyokong kepada rakan-rakan yang bertanding.

“Tidak dinafikan, e-Sukan ini dapat menjana pendapatan sampingan. Bagi anak muda yang masih mencari-cari kerjaya yang menjamin masa depan, e-Sukan adalah alternatif pada masa kini,” ujarnya.

Pada karnival itu, sebanyak 38 pasukan menyertai pertan­dingan permainan PUBG dan Mobile Legends dan mereka berpeluang untuk bertemu dengan pasukan Haq Esports Club yang telah muncul sebagai juara perlawanan Liga Professional Legend (MPL) MY musim ke-10 baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI