JOHOR – Menguruskan perniagaan keluarga mempunyai cabaran tersendiri dan tidak semudah seperti yang disangka.
Itulah yang dihadapi usahawan muda, Mohamad Hazim Hamdan, 24.
Mohamad Hazim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Kedai Emas Khamsiah (KEK) Sdn. Bhd. turut berdepan beberapa percanggahan idea dengan bapanya dalam melakukan pembaharuan perniagaan sebelum ini.
Antara masalah yang dihadapinya adalah membawa konsep lebih moden berbanding perniagaan 15 tahun lalu.
“Oleh kerana tidak mahu perniagaan berada di takuk lama, saya, ibu dan abang ambil keputusan untuk menyertai program anjuran RichWorks.
“Setelah mengikuti kelas Millionaire Marketing Mastery dan Nak Ubah Hidup (NUH), saya buat keputusan untuk menyertai program Mentoring Spire pada 2019 dan seterusnya diterima dalam Titanium pada 2021,” katanya.
Menurut lelaki itu, hasil bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks, bapanya semakin yakin dan percaya kepadanya untuk menguruskan perniagaan.
Hazim juga aktif melakukan pemasaran secara dalam talian seperti Facebook live dan platform media sosial lain.
Hasilnya, syarikat itu berjaya mencatatkan jualan RM14.1 juta pada 2021 dan menyasarkan RM25 juta pada tahun ini.
“Kini Khamsiah Jewellery mempunyai dua cawangan baharu di Labis dan Bandar Utama, Segamat dengan 10 kakitangan. Saya juga bercadang membuka lebih banyak cawangan di luar
Johor seperti di Kuala Lumpur dan Bangi, Selangor,” ujarnya.
Bagi yang berminat mendapatkan barang kemas terkini dengan promosi menarik, boleh ke Facebook Khamsiah https://www.facebook.com/khamsiahjewelry. -KOSMO! ONLINE