fbpx

Anak-kambing-mata-satu-dilahirkan-di-India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAHIRAN anak kambing itu menarik perhatian orang ramai. - Jam Press Vid/Rare Shot News

NEW DELHI – Seorang penternak haiwan di India terkejut apabila seekor kambing betina peliharaannya melahirkan anak bermata satu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dua anak mata kambing itu didapati bercantum di bahagian tengah dahinya sehingga menyebabkan rupanya kelihatan seperti makhluk mitologi purba.

Ia turut berkongsi satu kelopak mata dan tumbuh secara bersebelahan.

Anak kambing tersebut dilahirkan Khamis lalu di bandar Sultanpur. Berita mengenainya tersebar meluas dan menyebabkan orang ramai berduyun-duyun pergi ke situ bagi  menyaksikan sendiri keadaan haiwan itu.

Pemilik kambing tersebut, Umesh Maratha berkata, dia belum pernah menyaksikan kelahiran sedemikian walaupun sudah menjadi penternak kambing selama bertahun-tahun.

“Orang ramai memberi reaksi pelik apabila menyaksikan kelahiran aneh itu, malah ada yang merasakan bahawa ia hampir menyamai manusia setelah melihat keadaannya,” katanya.

Kelahiran sulung induk betina itu juga tidak memiliki sebarang kecacatan lain dan keadaannya kelihatan sama seperti kambing biasa.

Di sebalik kecacatan yang dialami, anak kambing itu didapati sihat sepenuhnya dan mampu menjalani kehidupan normal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI