SHAH ALAM – Wang milik seorang wanita dikebas orang lain gara-gara mesin pengeluaran wang automatik (ATM) digunakannya mengalami masalah.
Berdasarkan satu hantaran yang tular di Facebook, wanita tersebut mendakwa dia cuba mengeluarkan wang dari ATM di sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong di sini.
Mesin ATM berkenaan bagaimanapun dikatakan mengeluarkan mesej ‘error’ ketika digunakan menyebabkan wanita itu mengambil kad ATM miliknya dan beredar
“Ini disebabkan menganggap wang tidak keluar kerana mesin rosak.
“Bagaimanapun didapati transaksi pengeluaran wangnya berjaya selepas membuat pemeriksaan dalam secara dalam talian di telefon pintarnya,” kata hantaran Facebook tersebut.
Terkejut mengetahui perkara terbabit, wanita itu memohon melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan.
“Berdasarkan CCTV didapati seorang wanita di belakang semasa kejadian telah ‘belasah’ wang berkenaan dan terus berlalu pergi daripada stesen minyak berkenaan.
“Justeru, wanita itu meminta individu yang mengambil wang tersebut untuk menyelesaikan perkara itu secara baik sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE