fbpx

Sub stesen dihempap bongkah batu, TNB kesan pergerakan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bongkah batu yang menghempap sub stesen TNB di sebuah ladang ternakan di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengesan pergerakan tanah berikutan kejadian runtuhan bongkah batu yang telah menghempap sebuah sub stesen di ladang ternakan ayam di Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam.

TNB dalam kenyataan berkata, pihaknya kini sedang berkerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor di tapak kejadian.

“Pencawang tersebut adalah terpencil dan hanya membekalkan elektrik kepada premis ladang sahaja. Demi keselamatan orang awam, bekalan elektrik telah dimatikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, proses baik pulih aset dan bekalan TNB hanya boleh dilakukan setelah kerja-kerja pembersihan selesai dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah sub stesen TNB di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya musnah akibat dihempap bongkah batu yang runtuh, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 80 peratus kemusnahan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI