fbpx

Sengaja mengundang, seram tengok baju Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAJU berwarna merah jambu yang dipakai Nadia Brian ketika menghadiri sebuah acara beberapa hari lalu mengundang kecaman ramai kerana menonjolkan bentuk payudaranya.

PETALING JAYA – Tidak pernah sunyi daripada sensasi, pelakon Nadia Brian sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila muncul dengan busana mencolok mata sehingga menampakkan bentuk payudaranya.

Difahamkan, busana gaun sendat berwarna merah jambu tersebut digayakan pemilik nama penuh Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini.

Bagaimanapun, baju dipakainya meraih kecaman apabila dikatakan mempunyai lapisan pelapik pada bahagian dadanya.

Rata-rata netizen menyifatkan gaun tersebut tidak sepatutnya dipakai oleh wanita beragama Islam dan pelakon berusia 31 tahun itu seharusnya sedar mengenai hal berkenaan.

“Sebagai artis yang menjadi perhatian umum, sepatutnya boleh saja menolak untuk pakai baju ini. Jadilah bijak dan jangan jadi artis tak berilmu,” komen netizen.

“Nadia semakin seksi dan berani. Harap perasaan malu masih menebal dalam dirinya,” kecam seorang pengguna Instagram

“Seramnya baju Nadia, kenapa sengaja mengundang?” kata seorang lagi netizen.

Pada masa sama, orang ramai turut mendoakan pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu berubah dan sedar tentang kesilapannya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan maklum balasnya bagaimanapun masih belum berhasil apabila panggilan dan mesej tidak berbalas.

Sebelum ini, Nadia pernah memberitahu Kosmo! Online bahawa dia tidak pernah berasa dirinya seksi namun perkara itu boleh diibaratkan sebagai transisi kematangannya sebagai seorang wanita.

Ini juga bukan kali pertama Nadia meraih kecaman netizen kerana imej seksi.

Sebelum ini sudah beberapa kali dia berdepan kecaman akibat berpakaian mencolok mata.

Nadia pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun bercerai talak satu pada 3 April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI