PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk bermula esok sehingga 19 November ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
“Cuaca buruk itu dijangka tertumpu pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan,” katanya.
Sehubungan itu, ujarnya, orang awam dinasihatkan agar sentiasa peka dan merujuk laman web MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini. – KOSMO! ONLINE