fbpx

PRU15: Majlis Maulidur Rasul satukan empat calon Parlimen Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Ismail bergambar bersama empat calon Parlimen Kemaman iaitu Rosli, Che Alias, Ahmad dan Hasuni para majlis Maulidur Rasul di Masjid Al Mahabbah, Bukit Mentok, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Majlis Maulidur Rasul anjuran bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih, Ismail Harun menyatukan empat calon bagi kerusi Parlimen Kemaman di Masjid Al Mahabbah, Bukit Mentok di sini hari ini.

Kesemua calon iaitu calon Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Said; Che Alias Hamid (Perikatan Nasional); Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air) bersatu dalam satu majlis sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lapan hari lalu.

Mereka meluangkan masa hampir setengah jam memeriahkan majlis tersebut bersama lebih 500 penduduk bermula pada pukul 12.20 tengah hari.

Meskipun berlainan ideologi dan fahaman politik, mereka dilihat bersama-sama bersatu menyantuni pengundi selain turut bergurau senda serta mengambil peluang merakam gambar bersama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Che Alias Hamid dari Pas menewaskan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BN) dan Mohd. Huzaifah Md. Suhaimi (Parti Keadilan Rakyat) dengan majoriti 2,163 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI