fbpx

PRU15: Janji Reezal untuk pembangunan wanita di Kepala Batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan yang diberi kepada ahli Parlimen akan dikhususkan untuk pembangunan wanita di Kepala Batas.

Itu janji calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Merican Naina Merican andai berjaya mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sempena pelancaran Ikrar Aku Janji Demi Kepala Batas, di sini malam tadi.

Reezal Merican yang juga penyandang bagi kerusi Parlimen tersebut sejak dua penggal lalu berkata, agenda pembangunan wanita itu merupakan sebahagian daripada tujuh agenda penting yang digariskan dalam ikrar aku janji berkenaan.

“Ikrar ini saya pilih perkataan aku janji sebab kita tak nak guna lagi perkataan manifesto kerana manifesto dikatakan bukan ‘kitab suci’ (oleh sesetengah pihak).

“Dalam hal ini, perkataan aku janji sebenarnya mempunyai konotasi yang lebih kuat berbanding manifesto,” katanya.

Selain agenda pembangunan wanita yang juga teras ketujuh atau terakhir dalam aku janji tersebut, enam teras lain turut diberikan perhatian yang sewajarnya.

Menurut beliau, teras pertama adalah membangun infrastruktur prasarana rakyat dan perumahan diikuti dengan mengukuh hubungan sosial dan komuniti pada Teras Kedua.

“Teras ketiga adalah merancak aktiviti ekonomi setempat manakala teras keempat merujuk kepada pembangunan modal insan dan pendidikan.

“Sementara itu, teras kelima dan keenam pula merujuk usaha mengimarah syiar Islam dan pembangunan rohani serta memperkasa agenda anak muda,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI