PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang dilihat lari bertempiaran ke beberapa laluan jalan menjadi tular di media sosial.
Situasi tersebut diibaratkan seperti aktiviti maraton yang disertai ‘pondan’ pada setiap malam minggu terutamanya di sekitar ibu kota.
Rata-rata netizen yang tinggal di kawasan bandar sering melihat situasi tersebut lebih-lebih lagi ketika golongan berkenaan sedang dikejar oleh pihak berkuasa atau individu tertentu.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan ada netizen sempat berseloroh dengan situasi tersebut.
“Laju kakak, laju kakak, abang sado tengah kejar dari belakang, kakak lari lambat, nanti kena angkut naik lori,” kata Jebat.
“Lari pun masih kepit, ‘in character’ betul abang kakak kita ini, jangan lari sampai Australia sudah la,” selorh Mohd. Jimie.
“Laju juga mereka lari, abang polis pun tak boleh kejar macam ini,” ujar Kikie. – KOSMO! ONLINE