fbpx

Pesalah seks maut kemaluan terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roach meninggal dunia selepas mengalami 'luka' di bahagian alat sulitnya. - Daily Post Wales

LONDON – Seorang pesalah seks di Britain ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di sebuah kawasan perindustrian terbengkalai dengan kemaluannya didapati terputus, lapor akhbar Daily Star semalam.

Reginald Alan Roach, 63, ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia selepas mengalami ‘luka’ pada kemaluannya, demikian menurut inkues yang dibacakan semalam.

Mangsa ditemui oleh seekor anjing di kawasan perindustrian Bryn Cegin di bandar Bangor, Ahad lalu.

Seorang ahli perubatan, Dr. Brian Rodgers, menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa. Dia dilaporkan tinggal di sebuah asrama tahanan di Llandygai Road.

Perbicaraan mengenai kematian Roach dijalankan oleh pemangku koroner barat laut Wales, Kate Sutherland.

Menurut Sutherland, kematian Roach berpunca daripada ‘kejutan dan pendarahan akibat luka yang menghiris alat sulit’. Perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu siasatan lanjut.

Roach pada 31 Oktober lalu hadir di Mahkamah Majistret Llandudno, kira-kira seminggu sebelum kematiannya.

Dia menghadapi pertuduhan gagal mematuhi keperluan pemberitahuan berhubung dengan daftar pesalah seks di Balai Polis Caernarfon pada 13 September lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI