fbpx

Pesakit jalani pembedahan implan hidung buatan pada muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidung buatan itu ditanam pada lengan pesakit itu selama dua bulan sebelum ia dipasang pada wajahnya. – CHU de Toulouse

TOULOUSE, PERANCIS – Seorang  wanita di Perancis menjalani pembedahan implan hidung pada wajahnya selepas pancaindera itu ‘ditanam’ pada lengannya sebelum ini, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Pada 2013, pesakit itu hilang sebahagian hidungnya selepas menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi kerana menghidap penyakit kanser rongga hidung.

Selama bertahun-tahun, pesakit tersebut menjalani hidup tanpa memiliki hidung, manakala  beberapa percubaan membina semula hidungnya gagal.

Bagaimanapun, wanita berkenaan akhirnya menerima hidung baharu selepas pancaindera itu dihasilkan pada lengannya.

Hidung tersebut diperbuat daripada biomaterial bercetak tiga dimensi (3D) bagi menggantikan tulang rawan.

Dengan menggunakan cantuman kulit daripada pelipisnya untuk menutup hidung pengganti, objek itu ditanam pada lengan pesakit selama dua bulan sebelum dipasang pada wajah­nya.

Pada September lalu, pasukan pakar bedah melakukan prosedur mikro untuk menyambung saluran darah di lengan dengan saluran darah pada muka serta memindahkan hidung tersebut.

Prosedur itu adalah hasil kerja keras pasukan perubatan Hospital Universiti Toulouse dan Institut Claudius Regaud.

“Selepas 10 hari dirawat dan tiga minggu diberikan ubat antibiotik, pesakit berada dalam keadaan baik.

“Pembedahan seperti ini  tidak pernah dilakukan.

“Ia berjaya dilakukan dengan kerjasama pasukan perubatan dengan syarikat pengeluar peranti perubatan Belgium, Cerhum  yang memiliki kepakaran dalam pembinaan semula tulang,” kata pasukan perubatan itu. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI