fbpx

‘Maaf, tiket sudah habis ditempah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HERVIN (gambar) menunjukkan terdapat kekosongan bagi pembelian tiket bas segara online ketika ditemui di George Town, di sini semalam. IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Tiket bas ekspres bagi perjalanan ke destinasi semenanjung Malaysia sudah habis dijual sejak dua minggu lalu.

Pekerja kaunter tiket dikenali sebagai Murad berkata, tempahan itu melibatkan tiket bas ekspres pada tarikh 16 sehingga 18 November ini dan juga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tarikh-tarikh itu memang sudah lama habis (ditempah). Mungin pengundi rancang bercuti awal untuk pulang mengundi. Setiap hari, memang ada orang datang bertanya tentang tiket pada tarikh berkenaan. Tetapi maaf, memang tiket sudah habis. 

“Jika perkhidmatan bas lain tidak mustahil (tiket) ‘sold out’ juga. Buat masa ini, jangan bermimpi hendak balik kampung menaiki bas ekspres pada minggu depan (menjelang hari mengundi).

“Memang pengundi kena cari alternatif lain sama ada menaiki kapal terbang atau kenderaan sendiri. Itu saja jalan penyelesaiannya” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Butterworth di sini semalam.

Tinjauan di sebuah kaunter tiket bas di George Town pula mendapati jualan tiket masih dijual setakat ini meskipun 50 peratus sudah dibeli terutama bagi perjalanan ke Kuala Lumpur pada minggu depan.

Seorang penjual tiket, Hervan, 18, memberitahu,  dia percaya tiket bas akan habis dijual pada hujung minggu ini termasuk pada minggu akhir menjelang hari mengundi nanti.

“Biasanya ramai pelanggan akan datang membeli tiket pada saat-saat akhir atau kemungkinan mereka (pengundi) yang tinggal di sini tidak pulang mengundi. Berbanding tiket dari Kuala Lumpur ke sini, semuanya sudah habis dijual. 

“Ini kerana, tiket dari pusat bandar ini bertarikh 16 hingga 18 Oktober masih banyak dan tiada satu pun masa yang penuh,” ujarnya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nur Aisyah Junaidi, 30 yang berasal dari Shah Alam pula berkata, dia masih berkira-kira untuk pulang mengundi pada minggu depan berikutan semua tiket bas telah habis ditempah.

“Saya membuat tempahan tiket secara online untuk pulang mengundi sebaik sahaja kerajaan mengumumkan cuti khas pada 17 November semalam (kelmarin). Namun hampa apabila dimaklumkan yang tiket sudah habis.

“Kalau nak balik menaiki kapal terbang tiket pula mahal. Memang tak mampu kerana belum menerima bergaji,” katanya.

Pengawal keselamatan, Mohamed Fazmi Ahamad, 58, pula berkata, dia mengambil keputusan untuk pulang bercuti ke kampung di Tambun, Perak lebih awal mulai semalam bimbang kehabisan tiket selain mengelak kesesakan di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI