fbpx

Kerajaan tidak berdiam diri isu LCS – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kiri) beramah mesra dengan golongan muda yang hadir pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berdiam diri dalam isu melibatkan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sebaliknya melakukan tindakan yang sepatutnya.

Katanya, kerajaan telah mengambil tindakan yang sepatutnya malah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah beberapa kali membuat kenyataan media mengenai isu itu.

“Mana yang belum selesai? LCS?, Menteri Kanan Pertahanan sudah buat kenyataan beberapa kali. Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak baca atau sengaja tak nak ambil tahu?

“Hishammudin juga telah membuat penjelasan yang syarikat Perancis dan Boustead ambil alih projek, saya difahamkan dan saya pun tahu dari media,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang mahu Perdana Menteri memohon maaf kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran banyak dakwaan kes salah laku berkaitan projek melibatkan ketenteraan di negara ini.

Ismail Sabri berkata, daripada segi mereka yang dituduh tentang penyelewengan LCS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyiasat dan ada diantaranya dibawa ke mahkamah.

Perdana Menteri turut menyelar Anwar kerana mempertikaikan undi pos dalam kalangan anggota ATM di Bera sedangkan satu negara melakukannya mengikut prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“(Undi pos) bukan terkejut, bukan undi itu di Bera lebih awal malah di seluruh negara. Ia tarikh yang ditetapkan melalui SPR berdasarkan akta,” katanya.

Anwar sebelum ini mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk PRU15 kali ini mendapat bayaran.

Presiden PKR itu ketika berucap di majlis di Terengganu mendakwa konon anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian dan meminta SPR menyiasat perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI