fbpx

Kerajaan Komited bangunkan e-Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Sabri beramah mesra dengan golongan muda yang menyertai pertandingan e-Sukan pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan komited membangunkan e-Sukan di negara ini yang kini sudah tidak asing lagi kepada masyarakat khususnya golongan belia.

Beliau berkata, usaha kerajaan dalam membangunkan e-Sukan dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif termasuk jumlah peruntukan sebanyak RM13 juta dalam Bajet 2023 untuk sukan itu.

“E-sukan sudah tidak asing lagi dalam kalangan belia dan tanggapan masyarakat juga sudah berubah terhadap e-sukan yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak muda.

“Industri e-Sukan dunia juga sedang giat berkembang dan ia dijangka mampu menjana pendapatan sehingga RM7.56 bilion pada tahun 2024,” katanya ketika berucap pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, e-Sukan semakin mendapat tempat di negara ini malah ia penyertaan belia dalam sukan ini menunjukkan kecemerlangan dari semasa ke semasa.

“Saya dimaklumkan juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10, Team Haq Esports Club yang menduduki ranking ke empat dunia, juga hadir untuk memeriahkan karnival pada hari ini.

“Pasukan ini juga akan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 pada tahun hadapan di Jakarta, Indonesia”katanya.

Sementara itu beliau berharap Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera dapat dijadikan acara tahunan kerana memberikan manfaat besar kepada orang ramai.

Katanya, karnival itu menjadi platform kepada belia khususnya di Bera untuk menerokai peluang pekerjaan dan meningkatkan sosio-ekonomi mereka.

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Human Resources Development Corporation (HRDCorp) dan Miat Quadra E-Sport Club di atas kejayaan menganjurkan acara yang menghimpunkan anak muda dari Parlimen Bera dan kawasan sekitarnya.

“Tahniah kepada penganjur kerana mengetengahkan e-sukan yang kini sudah menjadi trend dalam kalangan belia termasuk di daerah Bera,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI