fbpx

[KEMASKINI] Tiga beradik maut lepas pulang dari pusat tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta semua mangsa selepas kejadian

MARAN – Tiga beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas di Kilometer 165, Lebuh Raya Pantai Timur di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ahmad Basyir Yusry, 27, Siti Fatimah Yusry, 20, dan Saiedah Yusry, 15.

ketika kejadian pada pukul 7 pagi itu, kereta tersebut dipandu oleh Siti Fatimah.

Adik perempuan mereka yang berusia 11 tahun pula cedera di kepala dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh.

Siasatan mendapati kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Johor selepas mengambil Saiedah di sebuah pusat tahfiz di Jerantut.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing ke kiri dan merempuh besi pembahagi jalan.

Menurut beliau, Siti Fatimah, Ahmad Basyir dan Saiedah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka dihantar Unit Forensik Hospital Jengka di sini untuk dibedah siasat.

“Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHas) dan menerima rawatan di unit kecemasan hospital tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu,. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, lapan anggota bomba dari Balai Bomba Maran dikejarkan ke tempat kejadian.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk berikutan keadaan kereta yang remuk. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI