PETALING KAYA – Gempa bumi kuat dengan ukuran 5.3 skala Richter menggegar rantau kepulauan Fiji hari ini.
Kejadian pada pukul 3.09 petang itu dilaporkan berpusat pada jarak 411 kilometer (km) Tenggara dari Laucala, Fiji.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku di 20.2 darjah selatan dan 178.3 darjah barat.
“Kedalamannya direkodkan sejauh 593 km, namun tiada ancaman tsunami kepda Malaysia.
Sementara itu, menurut laporan Jabatan Sumber Mineral Fiji (Bahagian Seismologi), gempa bumi tersebut adalah kejadian ketiga yang dilaporkan sejak 9 November lalu.
Bagaimanapun, amaran ancaman tsunami yang dikeluarkan semalam telah dibatalkan hari ini. – KOSMO! ONLINE