fbpx

Gagal selamatkan diri, warga emas maut kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika operasi memadam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas di sini lewat malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kebakaran di Jalan Paya Keladi, Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, di sini lewat malam tadi.

Mangsa berusia 70 tahun itu dikatakan gagal menyelamatkan diri ketika api sedang marak.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.44 malam dengan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam dan dibantu BBP Kepala Batas.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B dengan anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran itu pula adalah sebanyak 60 peratus.

“Operasi memadam kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 12.19 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, insiden kebakaran tersebut turut mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Merican Naina Merican yang terus bergegas ke lokasi sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI