fbpx

Bersuamikan artis, Amyra Rosli jadi takut nak bersalam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYRA berseloroh meluahkan kerisauan untuk bersalaman dengan suaminya, Amar yang juga seorang artis.

VIDEO seorang pendakwah bebas melabel tindakan bersalaman dengan golongan artis akan merosakkan jiwa bahkan menyebabkan kehilangan roh mendapat pelbagai respons daripada selebriti tanah air.

Ada yang kecewa dan terkilan, namun lain pula halnya dengan Amyra Rosli.

Memberi reaksi mengenai isu panas tersebut, Amyra bagaimanapaun melakukan dengan cara berbeza iaitu berubah menjadi sebiji coklat.

Malah, dia juga berseloroh meluahkan kerisauan untuk bersalaman dengan suaminya, Amar Baharin yang juga seorang selebriti.

“Adakah selepas ini saya tidak boleh bersalaman dengan suami sendiri?

“Saya takut hilang roh dan jiwa sebab suami saya artis,” tulisnya.

Video tersebut menuai pelbagai komen lucu berhubung isu bersalaman.

“Rupa-rupanya Amyra seorang yang lucu. Jaga-jaga kalau tersentuh suami nanti, risau bertukar jadi objek lain pula,” gurau seorang netizen.

“Jangan pegang tangan sendiri juga. takut roh Amyra tidak tenteram,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI