fbpx

BCL tiada, konsert malam ini cuma untuk peminat – Ariel Noah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“Tak bertemu pun (Bunga Citra Lestari). Kami sampai, dia pulang (ke Indonesia).”

Demikian tegas vokalis Noah, Ariel ketika ditanya sama ada mengundang penyanyi senegara yang juga rakan karibnya, Bunga Citra Lestari atau BCL dalam konsert Noah Live in KL, malam ini.

Kenyataan pemilik nama sebenar Nazril Irham, 41, itu sekali gus memadamkan impian peminat untuk melihat kedua-dua selebriti tersohor Indonesia itu bergandingan di pentas Zepp Kuala Lumpur.

Katanya, kali terakhir berkunjung ke Kuala Lumpur pada 2017 membuatkan kedatangan kali ini difokuskan terhadap persembahan mega Noah yang kini muncul dengan sebuah album terbaharu.

“Setakat ini kami masih belum ada sebarang perancangan untuk berkolaborasi bersama kerana  konsert nanti memang khusus untuk peminat Noah.

“Lagi pun kami sudah lima tahun tidak bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur, jadi esok (malam ini)  adalah hari untuk peminat Noah.

“Kalau nak buat kerjasama pun mungkin untuk konsert tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pada sesi wawancara istimewa bersama Noah, semalam.

Hadir sama anggota Noah lain iaitu David dan Lukman selain Pengasas Yolo Asia, Ib Harun serta Penerbit Eksklusif Yolo Asia, Haniff Hamzah.

Pada masa sama, Ariel mengakui teruja untuk bertemu dengan peminat di negara ini selepas kali terakhir mengadakan konsert di sini sekitar 2017.

Berkongsi mengenai persembahan mega di lokasi popular di tengah ibu negara itu, kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 itu bakal  menyampaikan 16 buah dendangan.

Selain lagu daripada dua album terakhir Noah yang dihasilkan sebelum pandemik, mereka juga menyajikan lagu ketika Ariel bersama Peter Pan.

“Memang ramai peminat meminta banyak lagu popular dan sudah pasti kami cuba memenuhi keinginan semua yang menyokong Noah sejak dahulu.

“Antara lagu yang bakal kami sajikan ialah Wanitaku dan Di Atas Normal yang akan kami gubah kepada versi lebih segar.

“Selain itu banyak kejutan yang akan kami bawakan pada konsert itu nanti bagi mengubati kerinduan peminat,” kata Ariel lagi yang menyatakan keinginan berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia.

Terdahulu, keintiman Ariel dengan BCL memasuki fasa lebih panas apabila dia diusik mempunyai kaitan dengan perubahan saiz perut penyanyi wanita itu.

BCL yang berada di Kuala Lumpur sempena sidang media konsertnya Rabu menyifatkan, isu ‘body shamming’ mengaitkan perut buncit dengan kehamilan sangat menyedihkan dan mencalar perasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI